Wednesday, April 28, 2010

makhluk tuhan yg tidak puas hati

aku bengang tol la org cakap belakang nie kan..kalu xpuas hati cakap depan depan jgn la cakap belakang pas tue depan kteorg wat baik la plk..arghh mmg ak benci gyler ar org cam nie..drpd suka kat org tue terus ak jadi BENCI kat org tu

selama nie wat baik ngn kteorg tp sebenar nyer xikhlas ek..ntah la kan ak kadang kadang xpaham la ngn perangai manusia nie..ng ak aku xkesah kalu korg nk cakap depan depan nie tp pantang bg ak korg cakap belakang ak..

k korg xpuas ngn ak kan...ak mintk maap la kalu wat korg nie sakit hati ke apa ker tp yg ak xpaham nyer apa yg ak da wat kat korg sampai korg cakap cam tue kat belakang kami haaa...nk cakap ak wat salah xde la kan tp ak skang mmg xpaham btol btol...

da ar kang beremosi plk ak kat sini kan..n mood ak yg begitu indah di pg hari td tbe tbe jadi da xindah da..ak BENCI ar...

Monday, April 26, 2010

Liga Perdana England

ari ni tbe tbe ak nk cte pasal bola sbb nyer ak teringat kan kan sorg budak nie ha..dia mmg anti sangat sangat ngn chelsea ak pun xtau la n then dia sokong manchester united da..mungkin lumrah kot n pelik gk salu sangat MU ngn CHELSEA nie berlumba lumba nk menang cam zaman kite sekolah dulu ikut unit beruniform mesti KRS(kadet remaja sekolah) ngn POLIS tidak ngamm la org kata mesti nk berlumba antara satu sama lain..cam tue la bola nie ha..

Tewaskan Tottenham, Man. United terus tekan Chelsea

24/04/2010 9:56pm

MANCHESTER 23 April - Ryan Giggs menjaringkan dua gol menerusi sepakan penalti untuk membolehkan Manchester United terus menekan Chelsea sebagai pendahulu Liga Perdana dengan menewaskan Tottenham 3-1 hari ini.

Giggs, 36, memulakan jaringan dan menamatkannya pada separuh masa kedua untuk menjadikan juara bertahan itu dua mata mengatasi Chelsea, yang akan melayan Stoke esok. - AP

kredit - Utusan

MANCHESTER: Alex Ferguson menghambur pujian melambung kepada pemain Manchester United selepas menang ke atas Manchester City, kelmarin - keputusan yang membolehkan juara bertahan itu kembali bersaing merebut gelaran liga musim ini.

Jaringan Paul Scholes pada minit ke-93 membolehkan United menang 1-0 di Eastlands, yang juga mahu dimenangi pasukan tuan rumah yang berhasrat bersaing Liga Juara-Juara musim depan.


Perlawanan di Manchester yang disusuli kejayaan Tottenham ke atas pendahulu, Chelsea memberi kesan besar terhadap kedudukan teratas dan United kini hanya satu mata di belakang Chelsea manakala Spurs mengatasi City di tangga keempat.


kredit - Metro

pas je berita hari sabtu nie kua terus je budak tue rasa cam puas ati sket la cz pasukan dia ketinggalan 1 mata jer kan..n semalam (ahad) budak tue sanggup beli phonestrap chelsea n palang kan phonestrap tue tau tk..


LONDON, 26 Apr. - Salomon Kalou menjaringkan hatrik untuk membantu Chelsea kembali berada di tangga teratas Liga Perdana England selepas membelasah Stoke City 7-0 di Stamford Bridge awal pagi tadi.

Kemenangan itu membolehkan pasukan bimbingan Carlo Ancelotti memintas Manchester United dengan kelebihan satu mata tatkala berbaki dua perlawanan untuk saingan musim ini. - AFP


kredit - Utusan

so hari ini ak baca paper utusan n then ak terkejut cz chelsea memintas MU dgn kelebihan satu mata..n ak rs budak tue mesti benggang gyler gyler..HAHAHAHAHA

**budak tue tolong mak ak niaga
**entry nie bukan tuk ak melaga lagakan peminat n penyokong fanatik chelsea n manchester united k

Sunday, April 25, 2010

Panggilan Misteri Kad Kredit

Awas - Panggilan Misteri Kad Kredit Untuk Menipu
Labels: Email Scam/Spam, Jenayah
Seorang rakan dengan nada cemas, menelefon saya meminta bantuan masalah yang dihadapinya.

Semuanya gara-gara kad kredit...

Begini kesnya:

Rakan ini mempunyai kad kredit yang dikeluarkan oleh Bank A dengan had kredit kurang dari RM10,000.

Pada suatu hari, dia menerima panggilan telefon dari seseorang yang saya kategorikan sebagai penjenayah.

Penjenayah 1 - Encik, saya dari Bank B, ingin meminta pengesahan mengenai pembelian barangan menggunakan kad kredit encik ini.

Rakan - Pembelian barang? Saya tidak membeli apa-apa barang. Kad kredit ada pada saya.

Penjenayah 1- Kami sedang menunggu kelulusan encik untuk 'approve' penggunaan kad kredit ini. Had limit encik sudah melebihi, sebab itu kami menelefon untuk kepastian.

Rakan - Apa yang saya beli? Saya tidak pernah ada kad kredit dari Bank B.

Penjenayah 1 - Maaf, tapi kad kredit encik ini 'Gold Card', had limit dah melebihi RM20,000. Baru tadi ada satu lagi transaksi RM5000. Itu dah diluluskan.

Rakan - Macamana boleh berlaku ? Di mana transaksi itu berlaku?

Penjenayah 1- Di KLIA. Kalau macam tu, kad kredit encik mungkin telah dipalsukan. Kami perlukan maklumat lanjut untuk membantu encik.

Rakan - Saya kena buat laporan polis dan Bank Negara.Ada orang salahgunakan maklumat diri saya.

Penjenayah 1- Ok, encik jangan bimbang. Saya akan sambungkan encik dengan pegawai di Bank Negara untuk membantu encik.

Panggilan diletakkan dalam 'on-hold' dan beberapa saat kemudian, kedengaran satu suara.

Penjenayah 2 - Saya Penjenayah 2 dari Bank Negara. Ok, encik jangan risau. Kami akan pantau keadaan ini, tetapi encik jangan buat apa-apa laporan polis lagi. Tunggu dalam tempoh 3 hari.

Rakan - Kenapa tak boleh buat laporan polis?

Penjenayah 2 - Oh, itu prosedur kami, kerana kami tidak mahu penjenayah lari atau tahu dia sedang dikesan. Untuk itu, kami perlukan butiran encik seperti nama penuh, alamat, maklumat kad kredit dan butiran lain.

Oleh kerana cemas, panik dan risau, maka tanpa teragak-agak, rakan itu memberikan butiran seperti yang diminta. Maka bocorlah berbagai maklumat yang tak sepatutnya kepada orang yang tak dikenali.

Sebaik menceritakan keadaan itu kepada saya, saya meminta dia melaporkan kepada polis kerana panggilan itu adalah penipuan semata-mata untuk mendapatkan maklumat untuk mereka palsukan kad kreditnya atau tujuan lain.

Panduan :

1. Panggilan kononnya dari bank untuk meminta kepastian penggunaan kad kredit itu sendiri sudah terang-terang penipuan.
Lojiknya ialah - pernahkah ketika anda gunakan kad kredit, tiba-tiba pihak bank telefon anda sendiri untuk mengesahkannya sedangkan anda tiadapun kad kredit dari Bank B itu.

2. Taktik penjenayah bahawa kad anda konon telah dipalsukan, berjaya membuatkan anda panik dan seolah-olah menyerah diri kepada Bank untuk membantu.

3. Begitu mudah Bank menyambungkan panggilan ke Bank Negara adalah merupakan satu lawak jenaka yang sepatutnya anda telah menyedari anda sedang ditipu.

4. Tempoh 3 hari supaya tidak membuat laporan polis, adalah juga lawak yang sepatutnya anda ambil serius. Sebenarnya, dalam tempoh 3 hari itulah akaun anda akan dikerjakan mereka.

5. Taktik ini sama seperti email scam , cuma bezanya, ia menggunakan telefon.

6.Menurut rakan saya, dia baru sahaja mendaftarkan nombor telefon barunya tidak sampai sebulan dengan sebuah syarikat telco, dan tiada siapa yang tahu nombor telefon itu. Dia pelik, bagaimana 'Bank' tahu nombor telefon itu sedangkan dia tidak pernah catat atau hebahkan nombor itu kepada sesiapa atau mana-mana pihak.

7. Anda tidak akan dapat menghubungi nombor yang membuat panggilan ke telefon bimbit anda kerana penjenayah menggunaakan 'private number' atau nombor yang tidak akan dapat anda dail semula. --

**apa apa pun yg terjadi harus la sentiasa tenang tenang dan tenang kerana apabila kita panik fikiran kte tidak dapat berfikir

Friday, April 23, 2010

Renungan dihari Jumaat

Syaidina Abu Bakar r.a. Berkata :
Orang yang bakhil itu tidak akan terlepas daripada salah satu daripada 4 sifat yang membinasakan, iaitu:

1) Ia akan mati dan hartanya akan diambil oleh warisnya, lalu dibelanjakan bukan pada tempatnya.

2) Hartanya akan diambil secara paksa oleh penguasa yang zalim.

3) Hartanya menjadi rebutan orang-orang jahat dan akan dipergunakan untuk kejahatan pula.

4) Adakalanya harta itu akan dicuri dan dipergunakan secaraberfoya-foya pada jalan yang tidak berguna.

Syaidina Umar Al Khattab r.a. berkata :

1) Orang yang banyak ketawa itu kurang wibawanya.

2) Orang yang suka menghina orang lain, dia juga akan dihina.

3) Orang yang menyintai akhirat, dunia pasti menyertainya.

4) Barangsiapa menjaga kehormatan orang lain, pasti kehormatandirinya akan terjaga.

Syaidina Othman Ibnu Affan r.a. berkata : Antara tanda-tanda orang yang bijaksana itu ialah:

1) Hatinya selalu berniat suci

2) Lidahnya selalu basah dengan zikrullah

3) Kedua matanya menangis kerana penyesalan (terhadap dosa)

4) Segala perkara dihadapainya dengan sabar dan tabah

5) Mengutamakan kehidupan akhirat daripada kehidupan dunia.

Syaidina Ali Karramallahu Wajhah berkata :

1) Tiada solat yang sempurna tanpa jiwa yang khusyu'.

2) Tiada puasa yang sempurna tanpa mencegah diri daripada perbuatan yang sia-sia.

3) Tiada kebaikan bagi pembaca al-Qur'an tanpa mengambil pangajaran daripadanya.

4) Tiada kebaikan bagi orang yang berilmu tanpa memiliki sifat warak (memelihara diri dan hati- hati dari dosa).

5) Tiada kebaikan mengambil teman tanpa saling sayang-menyayangi.

6) Nikmat yang paling baik ialah nikmat yang kekal dimiliki. ·

7) Doa yang paling sempurna ialah doa yang dilandasi keikhlasan.

8) Barangsiapa yang banyak bicara, maka banyak pula salahnya, siapa yang banyak salahnya, maka hilanglah harga dirinya,siapa yang hilang harga dirinya, bererti dia tidak warak. Sedang orang yang tidak warak itu bererti hatinya mati.

Wednesday, April 21, 2010

terkandas di tgh tgh highway

haa nie sambungan yg td yg ak nk cte pasal pengalaman yg paling bermakna tue ha..sepanjang perjalanan nk balik ke rumah ak (rawang) semua nyer berjalan ngn lancar hingga la lepas perhentiaan rawang...so lg 2 km je kalu xsilap ak nk kua tol tue tbe tbe kete yg kami naiki jeng jeng jeng bg gimik sket hehehe tersmput semput pulak da..da la time tue kol 9 lebih (malam) tersangkut sudah di tengh tengh highway..

cerita yg sebenar nyr cam nie meter minyak kete pakwe ak tue da xbtol sket pas tue kalu menyala jer lampu minyk tue mesti ak suh dia isi minyak tp dia kata sampai sampai n then ak mmg yakin ngn dia cz dia kan suamiku..huhu sejak bila nikah nie..hehehe so benda cam nie xpenh jd lg la kat kami nie ha..kalu nk ikut kan mmg sampai ke destinasi yg dituju tp da benda nk jd kan apo ble wat..

pas tue da berenti dlm 10 minit gtu tepi highway datang la lori propel kan n dia pun tanya la kan nape nie..so si dia pun ckp la minyak abs..pas tue abg tue kata tepon la plus kami pun tepon la plus n then yg sampai nyer loi tarik india *kalu lori tarik nie bese nyer nk wit je kan so kami ttp menunggu plus nyer lori la...

dalm 10 minit gtu menunggu plus pun dtg la n tanya pe prob nyer so kami sekali lg jawab minyak abs n kami kata la xpasan cz meter da rosak...org plus tue pun da mmg bwk minyak spare kot ak rasa la n dorg pun isi la minyak kete tue dan terpaksa pam minyak tue cz pam minyak da masuk angin n xbole start pas tue kene cas bateri la plk bateri sudah kong...

disaat tidak ada wit nie la macam macam benda terjadi sabar sajo la kan..ak nek cuak tau tk yela stu sume laki da la gelap plk tue kat stu ak takut kene rogol wehh HAHAHAHA ble plk ak pk cam tue kan pas tue abg plus tue masuk kete n padam pe yg patut tuk cas bateri n start kete da la abg plus tue ttp pintu lg la ak cuak..HUHUHUU

tp si dia ttp disampingku n ak xbrani nk kua dari kete cz takut HAHHAHAAHA nasib bek ble start doh kalu tak xtau la kami mlm tue cam ne..alhamdullillah..so sape sape yg de pengalaman yg sebegitu cerita la kat ak..HEHEHEHE pengalaman nie mmg best sbb ak xpernah rasai nyer lg n penuh bermakna walaupun takut..HAHAHAHAHA

k la da panjang berjela da nie kang korg bertambah tambah ngntuk baca entry ak yg merepek nie ha..

p/s = kalu lampu minyak da beri amaran sila sila la isi minyk k...

pre-graduand ceremony (unisel)

semalam ak cuti cz de hak kat unisel pasai pre-graduand ceremony tuk student dip singkatan tuk diploma la kan yg mana menjalani praktikal nie ha..ak gat kan lame la sangat tp ok la n nasaib bek la sekejap je kan..so ceremony tue de la bg anugerah sket kat student yg rajin rajin nie kannn.. huhuh rajin ker dorg de la bg dean list tuk student cgpa 3.50 ke atas tiap semester n ak teman terbaik n prakash telah terima dean list tersebut...so best student dapat la kat teman terbaik nie ha...best student nie dinilai dari aspek kokurikulum akademik attitude..


fren 4 ever


pre graduated nie de 4 course kalu xsilap ak la kan..so byk byk course nie course kterg la yg byk dapat dean list...bangga gyler ar gua rs..heheheh selain tue dpat la surat tawaran dari unisel tuk sambung degree plk...so wakil yg amik surat tawaran tue diambil oleh intan zulaikha...kteorg (ak intan yana n zati ) kalu da jumpa mmg happening gyler ar ye ar da lame xjumpa kan..


yg comey berkameja tue lect kami


so pas makan makan n borak borak n lect kteorg mengambil gambar tuk kenang kenangan..amik gambar ngn dr setyawan (dekan) en ash en khair en fairuz..tp ak pelik sket la ngn sorg lect nie dia nie kan kalu ckp ngn org salu pandang keatas tp kali nie ok plk tau..seronok ak..ahahhaha.. n lect nie tbe tbe jd happening gyler ar n sebelum nie dia pendiam nyer n lect tue adalah HOP ak ler (head of program)...


Candid pic


pas kami amik gambar kami pun pulang la kerumah masing masing..n dalam perjalan pulang kerumah tue telah terjadi something kat kami..fuhhh ku rasa kan tue la pengalaman paling bermakna hahahhaha....petang sket ak publish kan nnt kang korg bosan baca entry ak yg panjang menjela nie n merepek je lebih...k la papai...

**UPDATE = tambah pic jer baru dapat dari intan
**maap pic xcun camera man xpadai tangkap gmbar la..huhu jgn marah acong n bobby..

My Version of Grooming Tips

hmmm..penjagaan atau perapian diri kita nie penting atau tidak??? bg ak amt dan teramat la penting cz ak nie mmg xuke kotor kotor n xkemas pada diri ak nie ha..ak paling benci kalu badan ak nie berbau tak pun ak terbau bdn org yg berbau..hehehe cam pelik je kan ayat



kalu pmpuan ak syor kan yg mana rambut panjang tue salu salu la cuci rambut ek cz rambut tu kan melambang kan mahkota kte kan..kalu yg berambut pendek tue confirm la korg salu basuh rambut hari hari kan...tue xyah dicakap kan la..ha nie yg penting ak tau ketiak korg nie salu berbau kan so ak syor kan korg guna la adidad yer brand k...mmg berbaloi...HE HE HE











kalu tuk laki nie ak rasa mcm mcm nk kene jaga tau misai la jambang la rambut la ketiak la..byk kan kalah kan pompuan je kan..ak salu pesan kat bf si dia salu salu la jg penampilan diri biar nmpak kemas je salu..tp tue pun kadang kadang degil gk tue..xmau dengar ckp..HE HE HE dulu ak penh la kawan ngn sorg budak nie perghh gua ckp budak nie mmg xpandai nk urus kan diri sendiri so ak saound la dia kan pas tue terus dia jg kebersihan diri sound cara elok la kan ukan nyer men terjah je hoi...bg ceramah sket kat org org gtu...

**so kepada org or yg xmementingkan kebersihan diri tolong la kemas kan diri k...


Project Alpha Season 2 is presented by Adidas Action 3 and supported by P1 and MAS.

Tuesday, April 20, 2010

al kesah mak itam

tbe tbe nk wat entry duk mak itam nie haa..ak geram tol ngn mak itam nie tau dia nie da la jarang jarang balik umh pastue suka sangat melompat lompat dia kan tau dia ngh pregnant so dia kene la jg diri dia kan nnt kang keguguran sapo yg ssh dia n keluarga mereka juga ( sape mereka ek pelik pelik pelik ) da la dia tue da 2 kali keguguran n sekali lahir ank tidak menjadi..

time nie ak baru balik meniaga la

first time gugur second time lahir ank tp xpandai jg ank tau tk pas tue yg pelik nyer dia nie lahir ank pg sorg petang sorg pas tue malam sorg...xpenah lg la ak tgk kelahiran begitu tau..musykil musykil musykil...

mana mata dia hoi

da tue plk salu sngt bawak laki kua masuk umh ak nie haaa...dia igt umh ak nie umh tumpangan er suka hati nk kuar masuk..tension tau tak pas tuela masuk umh ak ble plk cari gaduh ngn penghuni len dlm tue so ak yg tgh tdo nie terpaksa la bgn tuk lerai kan dorg nie haa kalu tk mmg ke esok la bergaduh nyer xberhenti henti tau tak...

my sis n mak itam

skang nie dia da semakin garang cz mungkin xsuka penghuni baru kot maklumlah dia gat kan kte da xsygkan dia tuk dia da jarang jarang balik umh..tiap kali dia balik umh mesti ak peluk cium cium dia tau..geram siot ak tgk dia da la dia skang semakin membesar..aduhhh xbole tahan..

k la tue je ak nk cte pasal mak itam nie haa...

**mak itam tue kucing ak la.. ( kucing kesayangan dlm umh )
**penghuni len tue kucing ak gak nm nyer tening *kuning ( kucing bapak ak *manje gyler )
**laki len tue kucing mak usu ak nm nyer lanun@comey *pgl lanun cz mata sebelah dia da buta sebab sakit mata
**penghuni baru kucing baru yg menetap dirumah ku nm nyer kontot *ekor kontot

Sunday, April 18, 2010

bloggers gathering with Gatsby

gyler penat ak tau haru sabtu hari tue..mmg penat gyler la..ha korg mesti tau kan de pe ari sabtu tue yg bertarikh 17 hari bulan 4 tue..ala gathering yuk bloggers la..tp ak sedikit geram la dorg ckp kene daftar sebelum kol 10 pg yg ak nie ye ye la bgn awal dan ditemani ngn akk n buah hati dia.. padahal bukak kaunter kol 10 pg..aduhhh lame ak tgu tau..

ak, buah hati akk ku, my sis

best jugak la g tue..ak g TS nek keto ngn akk ngn buah hati nyer kami sampai dlm kol 9 lebih gtu la..n ak janji ngn mmbe ak tgu kat depan TS tu..tp mmbe ak nie ha dtg lambat plk da..bucuk dia lewat sket sampai..so kami yg da daftar nie dapat la baju ngn beg tp sedih buah hati akk ak tue xdapat baju..HEHEHE...

pas daftar tue ak g la terus men game dia hoi..best gyler ar game game dia tue..de men crazy car, pecah kan belon, bowling dan mcm mcm lg la..tp ak teringin nk men gladiator tue tp takut siot takut sakit sajo n jatuh..so sape sape yg men game tue n menang dapat la kupon n korg kumpul kan kupon tue tuk redeem barang..

my sis n buah hati


kteorg dapat byk gk la kupon yela combine 3 org kan..de la 100 lebih keping kupon tue..HEHEHE tp kalu nk kupon lebih dan banyak kteorg men bukak n pasang tayar kereta..u akk ak n buah hati nyer men la..

pastu kami pun da lapo g la makan dulu kat tingkat 10 n then turun balik dlm kol 2.30 tuk lucky draw..tp sayang nyer kami xdapat pun hadiah hadiah nyer...sedih kan..agak myer ak nie mmg xbertuah kot....HAHAHA...pas lucky draw kami g la singgah di KLCC


skin lappy ak...


wat pe kat situ?? ada PC fair la..ak sampai sane mmg ramai n teramat ramai gyler ar kat stu sesak nafas ak tau x..ak nk g stu nk cari barang; speaker ler..senang tgk movie puas ati sound kuat siot..HEHEHE tp malang nyer xbyk pilihan la..so ak beli cover keyboard n skin lappy tue je la punn pas tue kami balik la...

**sedih xdapt tngkap gmbar ngn liyanaa.com cz kami da membawa haluan masing masing HEHEHE

**pas sampai umh jer terus cari nasi doh terasa lapo gyler gyler...

**yg pasang skin nie pakwe akk ak la...susah gk ek nk tampal benda nie ak gat kan senang jer..mmg ble jd la abang ipar nie...HA HA HA HA



Thursday, April 15, 2010

Khushiyan Aur Gham

ak suka sangat lagu mie doh..lagu fav ak ngn si dia..heheh citarasa kami mmg sama..korg layan la lagu nie..lagu ni dari cte Mann..cerito nyer mmg best sangat dorg nie saling saling cinta mencintai percintaan bermula ketika mereka melancong



Wednesday, April 14, 2010

tag from ynn

haiiyaa gua kene tag la ngn membe baik gua..maap la gua terlmbt wat la sibuk sedikit yer ynn..u pun tau kan..skang layan ler

5 BENDA YANG ANDA IDAMKAN TAPI MASIH BELUM TERCAPAI?

  1. benda paling penting nk g mekah ngn family
  2. mau kan gelang kaki ma...gelang kaki lame sudah putus lorr
  3. mau jalan jalan jauh sama si dia bersama sama ngn family gua la
  4. gua mau kan lappy vaio doh..comey sgt sgt
  5. nk beli ngn kete honda EK pujaan hati ku
SIAPAKAH NAMA PASANGAN ANDA?
tue pun kene bg tau ke...da mmg de tertera kat blog gua nie ha...ok ok Muhammad Basirullah Bin Hamzah..

CERITAKAN 5 PERKARA YANG PALING ANDA SUKA TENTANG PASANGAN ANDA?
  1. si dia suka bercakap jujur ngn gua la..mana gua tau..ADALAH...HEHE
  2. skng si dia da kurang merokok..i like it
  3. gua terasa nyaman dan tenang bile si dia drive kete
  4. si dia sentiasa hiburkan hati gua
  5. pandai sangat melawak ngn gua..gua suka la

BILA TARIKH COUPLE
awal bulan 2008 gk la..14 april 2008 kol 5.15 ptg..hehe igt time lg tau..

KENANGAN PAHIT ANDA BERSAMA RAKAN ANDA
aik tbe tbe rakan da..rs nyer xde la kalu de pun bese la adat kan..hehehe

LAGU TEMA CINTA ANDA
lagu tema?? pe dia ek..gua rs xde lagu tema la..tp gua suke lagu dealova kumpulan dewa

APA PERUBAHAN YANG ANDA INGIN LIHAT PADA PASANGAN ANDA
si dia da semakin sihat dan kurg mendapat sakit skng nie..dan yg paling penting semakin menyayangi gua la..


tue la kesah lesah nyer kan..k la gua nk sambung keje gua balik

**sesiapa yg membaca entry nie sila sila wat nyer..hehehhe gua tidak memaksa pun hanya tuk suka suka

Tuesday, April 13, 2010

so sweet la...

mood gua kembali tenang dan nyaman sekali bile teringat kan hari ini gua dan si dia sudah pun genap 2 tahun hoi..gumbira rasa hari ini kerana gua xpenah pun sampai ke tahap begini alhammdullillah kami masih ttp bersama dan di harap harap kan sampai ke akhir hayat gua le..

gua terlalu sayang sama dia tau n gua xtau la nape la ramai sgt nk kacau si dia nie ha...si dia nie xla encem tp comey heheh i like it tau..gua mmg geram kalu sorg budak nie kacau tau x..membe rapat i ynn ngn zety mesti tau sapo bdk nie..geram gua siot xde org len ke dia nk kacau...adoiii

gua de tempah ngn membe baik ynn felt dari bulan 2 tau huhuhu awal kan i tempah tp i mintk kat dia send kan felt tue bulan 4 n then skang da dapat da felt nyer tue...comey tau..so sape sape yg nk tempah felt tue sila sila la g melawat n then disitu de felt i tue...hehehe comey sangat sangat thx yer raracandyfloss

berdoa la tuk gua yer harap harap gua ngn si dia bersama hingga akhir hayat gua...n malam td dia cakap kat gua my love is for u...oh so sweet nyer si dia..i dapat mesej tue pas baru bgn tdo nk ke keje la...n then i baca mesej dia i tersenyum sorg sorg..

k la gua mau sambung wat keje balik...papai

SI BODOH

argghhh tension tol ak pagi pagi nie la...bukak bukak blog jer ak terus la g kat chat box tgk tgk menyakit kan hati tol la ngn sorg dak nie ha...ak pun tau la kan nape ngn dia tp sakit hati tue sekejap jer n tbe tbe ak tergelak n tersenyum sorg sorg doh mana tak nyer bile ak g kat link dia xde plk..so da kutuk org pastu tue xnk tinggal kan jejak plk...pelik pelik pelik


kalu da brani kutuk org tue jgn la nk sembunyi kan link plk kan...kau ckp gua bodoh padahal lue yg bodoh da kutuk pastue xbranie nk letak link yg sebenarnyer...tgk cam membe ak nie ha.. brani doh xcam kau tau tak..

so sape sape nk kutuk tue ak xkesah tp tgl kan link la ble ak g lawat dia kan bile ak senang..ak xmarah korg nk kutuk sket pun xmarah tp yg wat ak btol btol geram n sakit hati korg da kutuk ak pastue xtgl kan link korg...BODOH TOL....

Full Bar Coverage

ha...sape sape yg de masalah ngn coverage ni ak de jalan penyelesaian nyer...so korg jgn risau risau lg k..ak da tolong korg nie...so harap berterima kasih nyer...HA HA HA HA *gelak jahat siot

Handphone ataupun telefon bimbit secanggih mana pun tidak berguna sekiranya coverage tak ada kan . Di dalam lif dan basement tempat parking kereta merupakan antara kawasan 'pantang' bagi handphone (hp). Ini kerana di tempat-tempat tersebut coverage hp amat rendah sehingga 1 bar dan kadang-kadang tiada langsung!

Bayangkan sekiranya anda berada dalam situasi yang yang cemas dan amat memerlukan pertolongan. Tetapi hp mahal anda itu tidak dapat melaksanakan tugasnya dengan cemerlang. Tentu anda mempunyai sebab munasabah untuk berasa kecewa dan menyesal bukan???

Ini satu informasi untuk anda dan sesiapa sahaja yang menggunakan hp 1G, 2G ataupun 3G. Dengan menggunakan wang kertas RM2 sahaja anda boleh mendapatkan full bar untuk hp walaupun di mana sahaja anda berada.

Ini kerana wang kertas RM2 mempunyai satu elemen untuk 'boost up' coverage hp anda. Mungkin anda berasa sedikit hairan. Tetapi percayalah ini merupakan satu kenyataan yang tidak boleh dinafikan!!!

Kaedah ini sesuai untuk semua pengguna 013, 016, 019, 012, 017 dan sebagainya.


Caranya ( Perhatian ila baca dan ikuti langkah-langkah ini dengan teliti) :

Langkah 1 : Off atau matikan hp anda.

Langkah 2 : Lipatkan wang kertas RM2 menjadi sama saiz dengan bateri hp anda.
Kemudian selitkan duit yang telah dilipat tadi bersama bateri hp anda.

Langkah 3 : On atau hidupkankan semula hp. Periksa bar pada hp anda. Semasa hp anda on, pastikan kod 'ID. 10T' tertera pada skrin hp anda.

Sekiranya kod 'ID. 10T' tertera di skrin, hp anda tidak akan mengalami masalah coverage lagi!




*Sila ambil perhatian;

Sekiranya kod 'ID.10T' tidak tertera pada skrin, sila periksa sebuah satelit yang besar di belakang wang kertas RM2 tersebut.

Pastikan sama ada satelit tersebut berfungsi dengan baik atau tidak.

cid:1.3563083903@web76713.mail.sg1.yahoo.com


Sekiranya masih tidak berjaya, sila ketuk-ketuk sikit hp anda dengan duit RM2 tu sekali. Sila periksa samada tengkolok Agong jatuh ataupun tidak. Kedudukan tengkolok yang tidak stabil mungkin penyebab mengapa kod 'ID.10T' tidak muncul di skrin hp anda.

Kalau masih tidak berjaya hentakkan hp di dahi anda 10 kali.

Mungkin kod 'ID.10T' dah bertukar menjadi 'IDIOT' ! Sape tahu yer tak??

Jgn marah kalau dah terkena......
Nasib baik duit RM2 tak dicetak lagi. Kalau tidak, lagi ramai yg fikir benda ni betul-betul...tapi cobaan.....

Monday, April 12, 2010

No Strings Attached

skang nie bermacam macam cara tuk kte mengonline nie kan..de ye pakai usb modem dan masih juga yg pakai cable nie ha..ak setakat nie xpenah la guna yg cable cz umh ak mmg xde benda benda gni ha..cuma mengharapkan kat pakwe dan membe membe ak je la..ak pinjam modem dorg xpun usb dorg..



pakai cable nie menyukarkan la gk cz wayar wayar nyer xla panjang sangat kan da tue kene duk setempat je hai..xbest langsung kan..pas tue meyelerakkan umh plk tue...ngn wayar wayar yg bersepah sepah kadang kadang tue yg mana xsalu bersih kan umh ble sampai berhabuk umh dorg tue ha..


skang sesuai la ngn zaman skang kan bak kata org zaman da maju jd skang xyah la pakai wayar wayar nie lg da..just pakai P1 WIMAX je ha..xyah korg nk pk lg cam ne nk kemas kemas umh yg penuh ngn wayar da kan...ngn benda gtu kte ble online kemana sahaja yg korg mau la kan..

ak penah gune benda benda gni mmg puas hati abs la hoi..penah skali ak pinjam pakwe ak nyer time tue kteorg kua jalan jalan nk cari tmpat praktical..kete sedang bergerak pun still ble dapat connection..mmg puas hati gyler la gua..

so apa korg tgu lg..g la beli bnda tue cepat..adoi yai...tue pun mau ak cakap ka...


Project Alpha Season 2 is presented by Adidas Action 3 and supported by P1 and MAS.

Friday, April 9, 2010

kaum hawa yg lemah

xpaham tol ak ngn zaman skang nie la..nertambah tambah xpahamtol la..pelik pelik pelik.. ak nk korg layan la cte dibwah nie ek..jd kan iktibar kepada kaum hawa

The woman left the office after working hours and saw a little child crying on the road. Feeling pity for the child,
she went to ask what happened. The child said, 'I am lost. Can you take me home please? Then the child gave her a slip of paper and tells the woman where the address is. The woman, being an average kind person who didn't suspect anything
took the child there. And then when they arrived at the child's 'home', the kind hearted woman pressed the door bell and she was electrocuted as the bell was wired with high voltage, and fainted.

The next day when she woke up, she found herself in an empty house up in the hills, naked. Condoms were all thrown
around with semen all over her and flowing from her body. There were at least about 20 condoms! She has not even seen
her assailants. That's why nowadays crimes are targeted on kind people like her.

Next time if the same situation occurs, never bring the child to the intended place. If the child insists, then bring the child to the police station.

Lost children are best sent and or taken to police stations .

Please send this to all your female friends/colleagues, and your male friends with girlfriends and wives. It is better to receive this email a thousand times than be a victim once!

Please pass this on to family members. It is better to be informed. It is sad that we can’t even help children now!


**berhati hati la wahai kaum perempuan

laki simbah asid kat bini

ak xtau la apa nk jadi ngn dunia skng nie ha..macam macam kes da berlaku skng nie ek..zaman da maju pun bertambah tambah hal nyer..bayi dibuang la kekasih bunuh kekasih la skang nie laki sendiri bunuh isteri simbah asid kat isteri..pelik pelik pelik..

dorg sume nie xsayang ker ngn org org tersayang tue ha..penat penat ngndung di buang nyer ank.. pas tue sebelum kawin romantik la bagai tp pas kawin hampeh la sangat..skang nie ak nk cte pasal paper ari nie bini kene simbah dgn cuka getah...

ak xpaham la pe nk jd ngn dunia skang nie kan..atas sebab yg xla teruk sangat sampai dorg wat gtu kat bini dorg lg lg pasai ehem ehem kat atas katil nie ha..HA HA HA teruk toi perangai kan..

KUANTAN: “Saya terjaga dari tidur lepas terdengar bunyi bising di dapur dan terkejut apabila melihat keadaan emak yang parah akibat abah simbah cuka getah ketika mereka bertengkar.

“Saya cuba tolong emak yang mengerang kesakitan, tapi abah halang dengan melibas parang,” kata anak ketiga seorang tukang cuci yang parah disimbah asid oleh suaminya, dipercayai akibat menolak permintaannya untuk mengadakan hubungan kelamin di rumah mereka, kelmarin. Dalam kejadian jam 1 pagi di Felda Bukit Sagu Dua di sini, mangsa yang berusia 40 tahun terpaksa dirawat di Wad Terbakar, Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) di sini, akibat cedera parah.


Lebih menyedihkan, mangsa yang bekerja di Universiti Islam Antarabangsa (UIA) Bandar Indera Mahkota di sini, bukan saja terpaksa menanggung azab paling perit dalam hidupnya, malah berhadapan dengan risiko cacat seumur hidup.


Menurut anak ketiga daripada enam beradik yang berusia 17 tahun itu, ketika kejadian dia bersama tiga lagi adiknya sedang tidur di ruang tamu apabila tiba-tiba terdengar bunyi bising di dapur.


“Saya terus bangun dan meluru ke dapur untuk memeriksa apa yang berlaku sebelum terkejut melihat keadaan emak. Malah, adik bongsu saya yang berusia tujuh tahun, juga cedera di muka terkena percikan cuka getah kerana dia yang bangun dulu ketika kejadian.


so nie dr paper hmetro...korang layan je la k..

Wednesday, April 7, 2010

dugaan dalam hidup

dugaan demi dugaan datang menjelma kan...mmg xsah la kalu hidup nie xpenuh ngn dugaan kan.. ak rasa tertekan bile dugaan datang kat ak sebab nyer ak nie mmg kuat tertekan bile da tertekan pas tue terus nangis HA HA HA HA pelik kan ak nie..ak nie mmg kuat nangs kalu korg nk tau la tp yg pelik nyer ak xnangs bile sedih tp kalu tertekan nangs nyer ukan men teruk lg..hahahha pelik pelik pelik...

anniversary ak ngn dia da makin hampir tp mungkin kteorg xdapat nk sambut kot coz terdapat sebab sebab yg xdapat dielakkan..ak terlalu rindu sangat sangat ngn dia..da lame kteorg xkua sama sama yela masing masing sibuk kan..tp apa ble wat kena la bersabar hadapi dugaan nie ha...ak sibuk ngn praktikal dia plk sibuk ngn study dia ngn kelas ganti lg...cam ne nk jumpa kan..

bile ak terlalu rindukan dia ak berbau wangian dia yg sangat sangat wangi tue..tp hanya sepintas lalu jer..kadang kadang ak tercari cari mana datang nyer bau tue..tp bau tue hilang cam tue jer...ak da xsabar sabar nk jumpa dia, harap harap dugaan nie xberpanjangan hehehehe...baru ak rs cam ne perasaan zety bile dia merindui hubby dia tue yg duk jauh tue ha..wahai zety baru skang ak merasai nyer..

arghhh tensio doh xdapat sambut hari penting nie...14 hari bulan nie genab la kteorg 2 tahun bersama...i very very miss u and i luv u forever...

sabar zalikha sabar zalikha...

Tuesday, April 6, 2010

manusia yg terlampau lurus bendul

Pada suatu hari ada seorg leleki kaya ingin mengadakan kenduri utk anaknyer, utuk itu dia telah ke bandar utk menbeli ayam di kedai Pak Romeo.


Lelaki kaya: Saya ingin memesan
100 ekor ayam utk esok. ini alamat saya
(org kaya mmberikan kadnyer)

Pak Romeo: baik, tuan. saya akan suruh
anak buah saya meghantarnyer ke rumah tuan


selepas itu, Pak Romeo memanggil anak buahnyer yg bernama Ehwan dan memberikan


Pak Romeo: Wan, tolong hantar 100 ekor ayam
ke alamat ini ya (sambil mmberikan kad lelaki kaya td)

Ehwan: hantar ayam??? beres tuan!!

esoknyer dgn menuggang motor Ehwan pun pergi hantar 100 ekor ayam tersebut. 50 ekor diletakkan di sebelah kanan dan 50 ekor diletakkan diselah kiri motosikalnyer. akan ttp..malangnyer di pertenggahan jln, Ehwan terjatuh dr motornyer dan ayam ayam yg dibawa nyer langsung terlepas dan lari bertempiaran.

org ramai dtg utk mengetahui keadaan Ehwan ttp Ehwan tdk apa apa malah ketawa terbahak bahak...seorg antara mereka merasa khuatir krn melihat Ehwan ketawa




org yg bertanya: bang, abang tak apa apa kan..??????
kepalanya tak sakit kan..??

Ehwan: HA HA HA HA HA!!!

org yg bertanya: bang, kenapa bang??

Ehwan: HA HA HA HA dasar ayam ayam bodoh,
mereka nk lari kemana?? alamatnyer kan ada pada aku..
HUA HUA HUA HUA....


p/s: jgn jadi manusia yg terlampau lurus akal fikiran ok...

Monday, April 5, 2010

My Favorite Sport

morning morning sume kawan kawan ku...da brapa hari nie kan ak rasa cam malas jer nk update tau x...xde mood doh...mana xnyer skng nie bz wat macam macam padahal xbz pun cuma bz men game cafe world jer..hehehe...

my favorite sport ak dulu kat sekolah suka sangat sangat men badminton tau x..dari ak kecik lg la..maklumlah family ak nie mmg gyler men badminton de masa lapang jer kte g men sama sama..kadang kadang tue g ajak mmbe g men kat dewan best gyler dapat jumpa pakwe pakwe hensem..HA HA HA HA ( gelak jahat cam liyanaa.com)...besenyer kteorg g bersukan nie time malam malam pas tue sampai umh da kol 12 tgh malam pe lg pas penat penat g la mandi n tdo... tp malang nyer skang ak ngn family da tgerlampau sibuk sangat sangat tau maklum la da de kedai makan kan...so skang da xde masa da nk bersukan nie ha...sedih kan..



kalu de perlawanan ak suka tgk Datuk Lee Chong Wei ngn Lin Dan beraksi mmg best gyler la kan kedua dua nyer terer belaka..pas tue ak suka tgk gk kalu Taufik Hidayat beraksi...kira dorg nie pemain fav ak la...xlupa juga kat Misbun Sidek yg dulu nyer pemain skang da jd coach da hoi...tgk betapa terer nyer dia kan...

walupun ak minat ngn game nie tp kat sekolah ak xpenah aktif tau bersukan ukan pe mmg ak teringin sangt nk bersukan tp memandangkan kesihatan ak tidak mengizinkan terpaksa dan merelakan ak tidak braksi di situ..HA HA HA HA ayat ntah pape kan...tp samapi skng nie ak ttp meminati sukan badminton nie ha...

korg tau jela kan pas kte da bersukan nie peluh kte pun menitik la sampai membasahkan badan kte yg mmg da melekit pun....so sebelum bersukan ak salu pakai adidas nie ha..bau dia mmg wangi sangat..walaupun mahal tp ak menyukai nyer kerana adidas mmg sesuai untuk orang orang yg suka bersukan nie ha...


Project Alpha Season 2 is presented by Adidas Action 3 and supported by P1 and MAS.