Friday, April 9, 2010

laki simbah asid kat bini

ak xtau la apa nk jadi ngn dunia skng nie ha..macam macam kes da berlaku skng nie ek..zaman da maju pun bertambah tambah hal nyer..bayi dibuang la kekasih bunuh kekasih la skang nie laki sendiri bunuh isteri simbah asid kat isteri..pelik pelik pelik..

dorg sume nie xsayang ker ngn org org tersayang tue ha..penat penat ngndung di buang nyer ank.. pas tue sebelum kawin romantik la bagai tp pas kawin hampeh la sangat..skang nie ak nk cte pasal paper ari nie bini kene simbah dgn cuka getah...

ak xpaham la pe nk jd ngn dunia skang nie kan..atas sebab yg xla teruk sangat sampai dorg wat gtu kat bini dorg lg lg pasai ehem ehem kat atas katil nie ha..HA HA HA teruk toi perangai kan..

KUANTAN: “Saya terjaga dari tidur lepas terdengar bunyi bising di dapur dan terkejut apabila melihat keadaan emak yang parah akibat abah simbah cuka getah ketika mereka bertengkar.

“Saya cuba tolong emak yang mengerang kesakitan, tapi abah halang dengan melibas parang,” kata anak ketiga seorang tukang cuci yang parah disimbah asid oleh suaminya, dipercayai akibat menolak permintaannya untuk mengadakan hubungan kelamin di rumah mereka, kelmarin. Dalam kejadian jam 1 pagi di Felda Bukit Sagu Dua di sini, mangsa yang berusia 40 tahun terpaksa dirawat di Wad Terbakar, Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) di sini, akibat cedera parah.


Lebih menyedihkan, mangsa yang bekerja di Universiti Islam Antarabangsa (UIA) Bandar Indera Mahkota di sini, bukan saja terpaksa menanggung azab paling perit dalam hidupnya, malah berhadapan dengan risiko cacat seumur hidup.


Menurut anak ketiga daripada enam beradik yang berusia 17 tahun itu, ketika kejadian dia bersama tiga lagi adiknya sedang tidur di ruang tamu apabila tiba-tiba terdengar bunyi bising di dapur.


“Saya terus bangun dan meluru ke dapur untuk memeriksa apa yang berlaku sebelum terkejut melihat keadaan emak. Malah, adik bongsu saya yang berusia tujuh tahun, juga cedera di muka terkena percikan cuka getah kerana dia yang bangun dulu ketika kejadian.


so nie dr paper hmetro...korang layan je la k..

3 comments: